Image may contain: 7 people, people smiling, people standingALOR SETAR 11 Sept. – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Tuanku Abdul Halim merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.


Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah pada 1958 dan kekal memerintah negeri sehinggalah 11 September 2017. Sepanjang tempoh tersebut juga dua kali baginda diberi kepercayaan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk menjadi Yang Di Pertuan Agong.

Almarhum merupakan satu-satunya Sultan yang menjadi Yang Di Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama pada 1970-1975 ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.

Comments

comments