(Ura-Ura) iPhone Akan Datang Mungkin Menyokong Rakaman Video 4K Pada Kadar 60FPS

Apple pada tahun ini dijangka hadir dengan penawaran iPhone yang menawarkan pelbagai ciri-ciri baru – memandangkan ia adalah ulang-tahun ke-10 sejak iPhone telah diperkenalkan. Sejumlah desas-desus sedia kedengaran sebelum ini, dan kini laporan baru hadir berdasarkan kepada kod pembangunan, mengatakan iPhone akan datang bakal menyertakan sokongan rakaman video pada kadar 60FPS.

Ia dikatakan akan menyokong rakaman vidoe 4K pada kadar 60fps menggunakan kamera hadapan mahupun belakang.

Ia sekaligus akan membolehkan pengguna merakamkan video pada kualiti lebih baik berbanding kebiasaan. Buat masa ini, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menyertakan sokongan rakaman video pada resolusi 4K tetapi hanya pada kamera belakang, dan pada kadar 30fps sahaja.

Apple turut dijangka menggunakan kamera yang lebih baik supaya dapat memberikan pengalaman baik kepada pengguna ketika menggunakan aplikasi augmented reality melaluinya.

Seperti biasa, kita hanya akan tahu kesahihan dan penawaran akhir kamera iPhone baru ketika pelancarannya kelak – sekitar September atau Oktober kelak.





ep2p-2