Tauhu sumbat n home made cili sos

 home made cili sos yang sedap ditekak kak rose ni… dah banyak kali buat guna resepi dari CMG yang mabeles ni… ciciah apa pun sedap… dan selalunya kak rose buat untuk cicah popis goreng, cekodok sayuran dan kali ni kak rose buat untuk digandingkan dengan tauhu sumbat… memang ngam sangat lah. meh kak rose kongsikan sekali lagi resepinya kat sini…

BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)

 

5 biji cili merah

3 ulas bawang putih

1 cawan air

3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN) 

1/3 cawan gula (atau secukup rasa)

Sedikit garam

1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata

Sedikit bijan, disangi hingga harum

 

Cara2

Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 

Tuang ke dalam
periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 

Kacau rata dan masak hingga
mendidih. 

Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 

Masukkan bancuhan tepung
jagung dan cuka makan. 

Kacau rata dan masak hingga pekat. 

Matikan api
dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama tauhu sumbat

home made cici sos yang sedap dengan tauhu sumbat… 3 keping ni untuk kak rose sorang jer…

ep2p-5small