My Kuali: Puding jagung

 puding jagung goyang2 yang sedap makan sejuk2… buat puding ni sebab kes nak abeskan belen jagung manis yang buat apam balik hari tu… tak baik membazirkan, nasib baik jugak ada belen ngam2 satu cawan jagung tu… jadilah dapat untuk makan kami anak beranak..

 kak rose kongsikan resepi puding jagung yag dah banyak kali buat ni…

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair (kak rose guna santan kara —-> lemaknya!)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

sedap nyaman dinikmati sejuk2 bersama secawan nescafe…

ep2p-5small