Risiko Rombak Pasukan, Shebby tuntut Kim Swee Tidak Jejas Keharmonian Pemain

Bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh menasihatkan jurulatih skuad bawah 22 tahun B-22) Datuk Ong Kim Swee supaya berhati-hati andai mahu melakukan rombakan pasukannya bagi menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan.

Ini kerana, beliau bimbang pertukaran pemain kemungkinan boleh menjejaskan keharmonian pasukan itu yang menjadi antara faktor penting ketika melakar sejarah melepasi kelayakan Kejohanan Konfe- derasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok minggu lalu.

“Mungkin jurulatih (Kim Swee) mahu melakukan pertukaran dengan membawa masuk pemain lain, termasuk enam pemain yang tidak melaporkan diri sebelum ini.

“Pada saya, pemain sedia ada perlu dikekalkan kerana dengan masa singkat, sangat berisiko untuk membuat perubahan.

“Pada saya keharmonian penting dalam pasukan, jika muka baru dibawa masuk, maka akan ada pemain lama yang dibawa keluar. Keharmonian dan semangat berpasukan itu lebih penting daripada kehebatan individu.



“Bagaimanapun terpulang kepada Kim Swee untuk mencorak pasukannya kerana saya percaya beliau akan melakukan yang terbaik untuk pasukan,” katanya yang mesra disapa Shebby.

Kim Swee sebelum ini menyatakan pintu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pemain yang menunjukkan prestasi baik termasuk enam pemain Safawi Rasid dan Haziq Nadzli dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT), S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang) yang tidak mendapat pelepasan ke Bangkok.

“Memang tak dinafikan pemain itu bagus, tapi ada kalanya kita kena ketepikan kehebatan individu bagi keharmonian pasukan.

“Lihat apa yang berlaku dalam pasukan Perancis pada zaman Raymond Domenech apabila kerap berlaku pergolakan dalaman dengan pemain keluar masuk.

“Mungkin untuk Sukan SEA tidak perlu banyak perubahan. Bagi kejohanan di China nanti, bila mereka ini masih lagi dalam prestasi terbaik, baru boleh panggil semula,” katanya.

Comments

comments

ep2p-2