My Kuali: Kek oren moist

 kek oren moist yang kak rose buat untuk bawak balik kampung masa raya hari tu… boleh lah untuk makan2 kami sekeluarga sambil pot pet raya… sangat moist dan terasa keorenan nya dengan adanya parutan kulit orange dan pati sunkist tu… moist n sedap lah pada kak rose.

gigih memarut kulit orange….

Bahan-bahannya :

1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (kak rose guna sunkist)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)

Cara-cara membuatnya:

1. pukul butter dan gula menggunakan mixer.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup   
    menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
4. masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
5. masukkan susu segar dan kaup lagi.
6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
7. bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.

ep2p-5small