Misbun Mulakan Tugas Seawal Jam 6.30 Pagi

Image may contain: 2 peopleMeskipun pada hari pertama memulakan tugas sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki negara awal bulan yang lalu, Datuk Misbun Sidek, tidak melepaskan kesempatan untuk turun ke gelanggang menguji beberapa pemain senior.

Seawal jam 6.30 pagi hari ini, Misbun sudah menanti barisan kejurulatihan dan pemain di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.

Selesai memberikan taklimat, Misbun ke gelanggang mengerah keringat bersama tiga pemain berstatus senior, Chong Yee Han, Soong Joo Ven dan Soo Teck Zhi.

“Saya tengok apabila ada sahaja yang tidak kena, itu yang saya terus masuk dan berlatih bersama mereka. Jadi untuk minggu depan, saya akan membuat perubahan terhadap corak latihan pemain.

“Kami nak lihat bagaimana setiap pemain membangunkan prestasi dan keunggulan mereka sendiri. Kalau itu boleh diterapkan dengan lebih cepat, bermakna mereka boleh meningkat dengan lebih cepat,” katanya.

Latihan yang berlanjutan sehingga jam 11 pagi menjadi tumpuan skuad lain memandangakan mereka berlatih bersandarkan intensiti tinggi.

Selesai latihan, Misbun mengambil pendekatan berbicara hati ke hati dengan setiap pemain dalam skuad berkenaan.



Malah, dia memberi jaminan kepada pemain, tidak kira senior atau junior, setiap seorang daripada mereka akan memperoleh peluang berlatih bersamanya.

“Sekarang, saya akan cuba sedaya-upaya untuk memahami mereka. Tadi, selepas tamat latihan ketika saya memeluk mereka, saya boleh tahu ada yang rasa berdebar-debar, ada yang rasa tidak puas hati. Jadi, saya perlu ada sentuhan dalam aspek itu terlebih dahulu,” tambahnya.

Sementara itu, Joo Ven turut berkongsi pandangan dengan berasakan seluruh skuad perseorangan lelaki ibarat disuntik nafas baru.

“Ini pengalaman pertama saya mengikuti latihan dia. Ini adalah sesi pertama kami. Saya harap akan ada banyak peningkatan terhadap permainan saya,” katanya.

Walaupun ketahanan fizikal dan mental mereka teruji dengan corak latihan agresif, Joo Ven sedar ia adalah untuk kebaikan masa depan dia dan rakan lain.

“Latihan agak sukar tetapi kami sebagai atlet perlu menerima andai kami mahu meningkatkan permainan. Saya berasakan kami memahami banyak perkara menerusi latihannya.”

Seramai tujuh pemain perseorangan di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), termasuk Iskandar Zulkarnain Zainuddin, diharap mampu menjadi sandaran utama pelapis Datuk Lee Chong Wei.

Senarai pemain badminton perseorangan negara:

1. Iskandar Zulkarnain Zainuddin (26)
2. Soo Teck Zhi (22)
3. Soong Joo Ven (22)
4. Lee Zii Jia (19)
5. Lim Chi Wing (22)
6. Cheam June Wei (20)
7. Chong Yee Han (23)
.
Sumber: Stadium Astro

Comments

comments

ep2p-2