Liga Super dalam dakapan JDT – Hasnizam Uzir

Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 ke atas Pahang, kelmarin, sudah pasti akan memberi kelebihan kepada pasukan Harimau Selatan itu untuk terus mengungguli carta Liga Super. 

Perbezaan kutipan mata JDT dengan Pahang dan Kedah pada ketika ini begitu selesa.

Itu sudah pasti akan memberi semangat dan kesan psikologi yang tinggi kepada pemain-pemain JDT untuk terus fokus serta mengikut perancangan yang telah diatur.

Dengan kehadiran jurulatih baharu, Ulisses Morais dari Portugal, menampakan perubahan daripada segi keharmonian dalam pasukan dan taktikal yang diterapkan, ini sudah tentu melegakan peminat-peminat JDT yang selama ini begitu tidak senang dengan karakter jurulatih terdahulu.



Dalam situasi ini, sokongan peminat-peminat JDT amat ditagih dan diperlukan. Mereka tidak boleh membiarkan pasukan ini tanpa sokongan yang jitu, terutama kehadiran peminat-peminat ke stadium di mana mereka perlu memenuhkan setiap ruang kerusi Stadium Larkin.

Bagi pemain-pemain mereka, jangan leka dan perlu bijak bagaimana untuk mengawal emosi dan tekanan yang dihadapi mereka dalam setiap perlawanan.

Sudah pasti pihak lawan akan cuba untuk menggaggalkan impian skuad JDT ini untuk muncul juara Liga Super buat kali ke empat berturut-turut.

Tetapi, dengan pengalaman pemain-pemain dan sokongan pihak pengurusan JDT yang begitu jitu, ini memberi kelebihan sebenarnya untuk pasukan JDT mencipta sejarah dalam bola sepak negara sekali lagi.

Ia ditambah pula dengan kehadiran dua pemain import baharu semasa jendela perpindahan dibuka, iaitu kehadiran Mohammed Ghaddar dan Natxo Insa — dua pemain yang dapat menutup kelemahan posisi yang terdapat dalam pasukan JDT sebelum ini.

Apa yang boleh dikatakan penulis pada ketika ini, pasukan JDT sebenarnya sudah menjuarai Liga Super.

Kenapa penulis berkata begitu ialah disebabkan baki perlawanan yang tidak banyak dan sekiranya JDT mengekalkan rekod kemenangan di laman sendiri, itu sudah memberi kelebihan kepada mereka.

Apa-apa pun, ia terletak kepada peminat-peminat JDT untuk memastikan pemain-pemain dapat mengekalkan prestasi terbaik dengan kehadiran mereka memenuhkan Stadium Larkin dalam setiap perlawanan.

stadiumastro

Comments

comments

ep2p-2