LG Q6, LG Q6 Plus Dan LG Q6a Dilancarkan Dengan Fokus Panel 18:9

LG hari ini telah memperkenalkan siri peranti baru daripada mereka yang dinamakan sebagai LG Q. Dibawah siri ini, sebanyak tiga peranti diperkenalkan, iaitu LG Q6, LG Q6 Plus dan juga LG Q6a.

LG mengatakan ini adalah siri peranti berspesifikasi pertengahan, tetapi menawarkan beberapa ciri-ciri premium, termasuk rekaan yang elegan, selain dilengkapi dengan panel FullVision dengan resolusi 2160×1080 pixel.

LG Q6

Ketiga-tiga peranti ini hadir dengan skrin 5.5-inci dengan nisbah paparan 18:9, menggunakan cip Snapdragon 435, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh, serta menyokong rangkaian 4G LTE.

Membezakan siri ini adalah penawaran memori dan ruangan storan. LG Q6 menawarkan memori 4GB RAM dan 64GB storan, LG Q6 pula 3GB RAM dan 32GB storan, dan akhir sekali LG Q6a dengan 2GB RAM dan 16GB storan.

Seperti biasa, ia hadir dengan sejumlah pilihan warna berbeza dan menjalankan Android 7.1 Nougat.

LG akan memperkenalkan peranti ini secara berperingkat kepada sejumlah negara terpilih bermula bulan Ogos ini.





ep2p-2