Kumpulan Dio Akan Menggunakan Hologram Mendiang Penyanyi Di Dalam Konsert

Ronnie James Dio ialah lagenda muzik rock yang pernah menjadi penyanyi utama kumpulan Black Sabbath dan Dio. Beliau meninggal dunia pada tahun 2010 kerana kanser perut. Sungguhpun sudah hampir tujuh tahun meninggal dunia, peminat beliau masih mempunyai peluang dihiburkan oleh penyanyi ini dalam bentuk hologram.

Kumpulan Dio mengumumkan konsert jelajah dunia yang akan menggunakan hologram mendiang sepanjang konsert. Hologram dihasilkan oleh firma Eyellusion atas persetujuan keluarga mendiang.

Penganjur “Dio Returns” berharap sehingga 100 konsert akan dapat diadakan di seluruh dunia bagi membolehkan peminat melihat Dio “hidup” semula. Sekiranya anda diberikan pilihan menghasilkan hologram penyanyi yang telah meninggal dunia, siapakah pilihan anda?





ep2p-2