Kemaskini Windows 10 Fall Creators Update Akan Hadir Tidak Lama Lagi – Pengguna Dilihat Menerima Kemaskini Tetapan Privasi

Kemaskini Windows 10 Fall Creators Update nampaknya bakal hadir untuk para pengguna sistem operasi Microsoft tersebut. Baru-baru ini, beberapa komputer dapat dilihat mendapat pop-up menu yang meminta pengguna Windows 10 untuk mengemaskini tetapan peribadi mereka sebelum kemaskini tersebut dimuat-turun kelak.

Kemaskini Fall Creators Update yang akan datang ini bakal hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, termasuklah penggunaan kecerdasan buatan untuk menghalang serangan perisian hasad, tab pemantauan kad grafik dan sebagainya.

Nasihat kami kepada para pengguna sistem operasi ini ialah untuk menetap semula tetapan privasi ini, kerana pihak Microsoft akan menetapkan semula tetapan-tetapan ini kepada keadaan asal, dan ini akan membuatkan PC anda menghantar butiran-butiran peribadi kepada Microsoft.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum menyatakan tarikh muktamad kemaskini Fall Creators Update ini akan hadir untuk sistem operasi Windows 10, tetapi dengan pembaharuan tetapan peribadi ini, mungkin ia akan tiba tidak lama lagi.





ep2p-5small