Israel Setuju Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Israel hari ini bersetuju menghentikan penggunaan alat pengesan logam di Masjid Al Aqsa dan Dome of the Rock, selepas langkah keselamatan itu menyebabkan berlakunya pertempuran di kawasan berkenaan.

“Kabinet bersetuju supaya pihak keselamatan mengubah kaedah pemeriksaan menggunakan pengesan logam kepada pemeriksaan keselamatan dengan teknologi canggih dan lain-lain kaedah,” kata pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan keputusan itu, ratusan rakyat Palestin meraikannya dengan berkumpul berhampiran pintu masuk ke Masjid Haram al-Sharif.

Baru-baru ini, Israel memasang pengesan logam itu di pintu masuk Jerusalem, termasuk di Masjid Al-Aqsa dan Dome of Rock, susulan serangan pada 14 Julai yang mengorbankan dua anggota polis. – AFP

ep2p-2