Facebook Akan Mengurangkan Paparan Perkongsian Daripada Individu Yang Spam Pautan

Facebook sering melakukan perubahan pada News Feed mereka dalam memastikan semua pengguna mendapat pengalaman penggunaan yang baik pada laman sosial berkenaan.

Terkini, menurut kajian Facebook, mereka mendapati terdapat sejumlah pengguna yang melakukan perkongsian pautan yang banyak. Kebiasaannya, ia mendapati yang mana pengguna seperti ini sering melakukan perkongsian pautan dengan kualiti kandungan yang rendah, termasuk berkongsi berita tidak sahih, tajuk yang menipu, dan sebagainya.

Kini, dalam usaha mengurangkan perkara berkenaan, Facebook mengumumkan mereka akan mengurangkan paparan perkongsian daripada individu-individu berkenaan yang sering berkongsi sejumlah pautan pada profil mereka. Terdapat laporan mengatakan Facebook akan menguatkuasa perubahan baru ini kepada individu yang berkongsi lebih 50 pautan setiap hari.

Langkah ini secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti perkongsian di Facebook dan mengurangkan penyebaran berita palsu dan sebagainya.

Facebook turut menekankan yang mana ini hanya pada perkongsian pautan sahaja. Perkongsian gambar, video, status dan sebagainya tidak diambil-kira pada perubahan baru ini.





ep2p-5small