Blogger UK Teruja Beli Kereta Proton Saga Aeroback, Kereta Kedua Buatan Malaysia Miliknya

Seorang blogger automatif yang berpengkalan di Britain, Ian Seabrook dalam satu lama blog miliknya telah melakukan kemaskini menyatakan dia telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback dengan harga 50 pound atau RM280, baru-baru ini.Menurut beliau melalui laman Youtube miliknya dengan nama NubHut, kereta itu telah dibelinya dari seorang pemilik yang telah membeli kereta itu pada tahun 1990, kebanyakkan ulasan beliau mengenai kereta lama ini agak positif.

“Kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik, saya amat sukakan bentuknya,” kata dipetik dari video di bawah.

Menurut beliau, Proton Saga Aeroback yang dibelinya itu sudah terdapat beberapa bahagian yang sudah tidak berfungsi, dia juga tidak sabar untuk membaik pulih kereta itu.

“Ia tidak mendebarkan, ia tidak mewah, ia hanya sangat cekap dan berkuasa,” katanya lagi.

Beliau akan membaiki kereta itu di mana masalah utama kereta itu ketika ini adalah brek dan tolok suhu yang rosak.

Ian turut memberitahu ini bukanlah kereta pertama yang dibelinya, pada tahun 2015 lalu dia telah pun membeli sebuah kereta Produa Kancil atau dikenali sebagai Produa Nippa di sana untuk ‘review’ di blognya melalui sebuah video di bawah.

Saga telah dilancarkan pada tahun 1985, dibina atas landasan Mitsubishi Lancer 1993 hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun, manakala pada tahun 1987 Proton Saga Aeroback telah diperkenalkan dan dipasarkan ke UK pada Mac 1989 dengan UK Spec iaitu enjin Mitsubishi 8 valve. – Siakapkeli.my


ep2p-5small