Bengkel Service Kereta Hangus | SUARA TV

SEBUAH bengkel hangus, manakala sebuah pusat servis kereta terbakar 70 peratus di bahagian kabinnya dalam kejadian berdekatan PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju, hari ini.

Dalam kejadian jam 2. 05 pagi itu, seramai 31 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Hang Tuah, Setapak, Keramat, Sri Hartamas selain Pasukan Bomba Sukarela Bukit Bintang dan Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Zamani Ismail berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian jam 2. 18 pagi sebelum api berjaya dikawal pada jam 3. 45 pagi.

“Bengkel kereta seluas 50 X 100 meter terbakar sepenuhnya, manakala pusat servis kereta itu pula terbakar 70 peratus di bahagian kabin, ” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.