Anak Ziela Jalil Kini Bergelar Doktor

Pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil gembira apabila anak sulungnya, Puteri Julia Nabilah, 24, kini bergelar doktor.

Menurut pemilik syarikat Pena Creatives Sdn. Bhd. itu memuat naik dua buah video dan beberapa keping foto sepanjang menghadiri majlis konvokesyen Julia di Hotel Equatorial, Penang.

Difahamkan, Julia memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun ini.

Menerusi entrinya, Julia meminta ibunya supaya tidak putus-putus memberi semangat dan tidak berhenti berdoa untuknya.

Menurut Julia lagi, kejayaannya pada hari ini adalah banyak terdorong dari Allahyarham bapanya, yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Megat Junid Megat Ayob.