Image result for Alvaro MorataMANCHESTER 30 Jun – Alvaro Morata telah memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa dia sudah membuat keputusan muktamad untuk menyertai Manchester United dan rundingan bersama Real Madrid telah selesai.

Morata sanggup me­ninggalkan bulan madunya minggu ini bagi membolehkan perbincangan dengan Presiden Real, Florentino Perez dilakukan dalam usaha meleraikan kebuntuan rundingan yang sedang berjalan.

Perbincangan tersebut nyata telah mempercepatkan run­dingan antara kedua-dua kelab dengan Real bersedia menurun­kan harga 70 juta pound (RM389 juta) yang diletakkan dan bersetuju berkompromi bagi memenuhi tuntutan United yang menawarkan 60 juta pound (RM334 juta) untuk khidmat pemain berusia 24 tahun itu.



Morata, yang merupakan peminat Real sejak kecil dan turut dibentuk bakatnya di akademi remaja kelab tersebut telah memutuskan untuk berpindah ke Old Trafford selepas Jose Mourinho menyatakan minat terhadapnya bagi mengisi posisi No. 9 menggantikan Zlatan Ibrahimovic.

Mourinho telah meyakinkan Morata bahawa pemain itu sesuai untuk bola sepak di England dan mampu menyinar di Old Trafford.

Morata turut dijamin tempat dalam kese­belasan utama dengan United sedia merea­lisasikan impiannya untuk men­jadi pemain No. 9 Sepa­nyol pa­da Piala Dunia tahun depan.

Sementara itu, United menolak percubaan Barcelona mendapatkan Ander Herrera selepas laporan di Sepanyol mendakwa Barca akan cuba memburu pemain te­ngah itu jika mereka gagal memikat Marco Veratti dari Paris St Germain. – AGENSI

Comments

comments