Image result for Akhyar Rashid malaysiaNama pemain mudah Malaysia yang bermain bersama Kedah menjadi bualan pemerhati sukan Asia selepas beraksi cemerlang di peringkat Kelanyakan Piala AFC B-23 tahun.

Selepas permain muda Thailand Chanathip Songkrasin yang kini beraksi di liga Jepun atau lebih dikenali dengan J.League, nampaknya ada nama lain yang turut dicadangkan oleh stesen Televisyen sukan terkenal, Fox Sport Asia yang perlu ditawarkan untuk bermain dalam liga terbaik asia itu.

Stesen TV berkenaan telah mencadangkan lima nama lain permain muda berbakat dari Asia Tenggara yang perlu diambil perhatian oleh pasukan-pasukan di J.League selepas menunjukkan aksi yang begitu memberansangkan dalam kelayakan piala AFC bawah 23 tahun baru-baru ini.

Antara lima nama yang dicadangan adalah termasuk seorang permain skuad 23 tahun negara, Muhammad Akhyar Abd Rashid yang juga merupakan penyerang muda skuad Kedah.


 

Namanya dicadangkan oleh pihak Fox Sport Asia selepas aksinya yang begitu menyerlah semasa pusingan kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia muncul juara kumpulan H.

Nama permain itu juga telah menjadi bualan ramai peminat bola sepak Thailand yang rata-rata memuji kualiti kawalan bola yang ditunjukkan oleh permain mudah berumur 18 tahun berkenaan.

Menurut Fox Sport Asia, nama Akhyar perlu dibawa ke sana kerana beliau mempunyai potensi yang besar selain mempunyai masa depan yang cerah selain umurnya yang masih muda.

Selain Akhyar, empat lagi permain yang dicadangkan layak untuk bermain di liga Jepun adalah TRISTAN DO (Muangthong/Thailand), CHRERNG POLROTH (NDM/Cambodia), RUFINO (AS Academica/Timor-Leste) dan NGUYEN CONG PHUONG (HAGL/Vietnam).

Comments

comments