PETALING JAYA: Bekas pengendali Perak,  Karl-Heinz Weigang dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.

Weigang antara jurulatih asing yang amat sinonim dengan bola sepak tempatan meninggal dunia pada usia 81 tahun di Jerman akibat serangan jantung.

Paling diingat jasa Weigang adalah ketika menguruskan skuad negara sehingga layak ke Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980.

Selepas itu, Weigang meninggalkan Malaysia untuk menguruskan beberapa pasukan negara lain.



Namun pada tahun 1997, beliau kembali ke Malaysia dengan mengendalikan skuad Perak sehingga berjaya menjulang Piala Malaysia.

Tiga tahun kemudian, Weigang bertukar angin ke selatan bagi menguruskan pasukan Johor FA sehingga tahun 2006.

Bagaimanapun jodohnya dengan Perak masih panjang apabila tahun lalu, Weigang kembali melatih skuad Seladang, namun sehingga Februari 2017 sahaja.

Comments

comments