Timnas Vietnam U-22Konfederasi Sepak Bola Vietnam (VFF) memandang serius peraturan yang ditetapkan Penitia Sukan SEA Malaysia 2017 (Masoc) untuk bola sepak dan futsal. Seperti diketahui, Masoc memberi kebebasan kepada Malaysia untuk memilih mana-mana kumpulan yang dikehendaki tanpa mengikuti proses pengundian kumpulan.

Sementara itu Thailand dan Myanmar yang tidak termasuk dalam undian kerana berstatus juara dan naib juara, masing-masing berada di kumpulan A dan kumpulan B.

peraturan ini mendapat reaksi skuad yang bertanding, salah satunya Vietnam. Vietnam menganggap hal ini sebagai sikap yang tidak profesional.



“Sudah jadi tradisi SEA Games, setiap negara yang jadi tuan rumah di SEA Games sememangnya ingin muncul sebagai juara dengan mengumpulkan pingat emas sebanyak yang boleh. Kali ini, Malaysia nampaknya punyai keinginan untuk mengumpul banyak emas. Jadi, mereka membuat peraturan ini dan negara lain termasuk Vietnam harus menerimanya,” kata Le Thuy Hai Pemain Vietnam B22.

Le Thuy Hai mengajak skuadnya untuk berfikir positif dan tetap menyiapkan diri sebaik mungkin menjelang SEA Games 2017. Buatnya, yang terpenting adalah mara ke separuh akhir dan baru berfikir hal lain.

VFF pastinya akan membawa perkara ini ke pertemuan Dewan AFF di Nha Trang, Vietnam, pada 1 Julai 2017. Sementara pengundian kumpulan bola sepak SEA Games 2017 berlangsung pada 8 Julai 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia.

VFF juga meminta Komitee Olimpiade Vietnam serta ketua delegasi Vietnam untuk menyampaikan bantahan mereka pada pertemuan dengan Dewan SEA Games ke-29 2017 serta pertemuan delegasi SEA Games 2017 yang akan datang.

Comments

comments