My Kuali: Iftar #12 solok peria

 Asalamualaikum dan salam 13 Ramadhan… semakin hari semakin tak tahu apa nak dihidang untuk berbuka… pening tukang masak ni sbb memang jarang masak berturut2 hari macam masa bulan puasa ni… selalunya seminggu sekali dua jer masaknya. bila nak kena masak tiap2 hari memang pening la kan… bahan ada tapi tak tau nak masak apa… ade ke kawan2 pun cam tu jugak?

ternampak solok peria kat blog Lina Pg, kak rose pun cuba lah buat… dan ini lah hasilnya. not bad buat 1st timer mencuba… cuamnya agaknya terlebih santan pekat, habis bertepek kat solok tu… hihi. apa pun rasa seperti yang kak rose nak kan… tak makan dengan nasik pun ok, meratah gitu jer sbb peria tu pun tak pahit langsung. sedap pada kak rose tapi en asben kata terlampau lemak, cepat muak pulak! sapa yang teringin nak mencuba boleh lah ke blog Lina tu ya….

RESEPI SOLOK PERIA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan

1 biji peria katak saiz besar
1 ekor ikan kembung mabong
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
1 hiris halia (tumbuk)
3 sudu besar kelapa parut putih
Sedikit lada hitam (LiNa Pg guna yg grind course)
Garam
Gula/Perasa
1 cawan santan pekat

Cara Cara

Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak.Asingkan isi dari tulang
Buah peria di potong bulat2 anggar 1inci++ (LiNa Pg potong agak tebal tu)Keluarkan biji.
Jika ingin kurangkan rasa pahit.Rendam buah peria bersama air garam.LiNa Pg masak terus jer.Pahit tu kan ubat hehee
Tumbuk isi ikan, bawang,lada hitam dan kelapa parut.Perasakan dengan sedikit garam dan gula/perasa.
Sumbat padat ke dalam peria (seperti dalam gambar)
Masukkan ke dalam periuk.Tuangkan santan yang diperasakan dengan sedikit garam+gula/perasa.
Pastikan peria tenggelam di dalam santan.Rebus api perlahan hingga santan kering.Siap dihidang

You might also like:

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

 untuk berbuka kak rose cuma makan sebiji karipap dan buah2 ni…. dan air teh o suam yang bergelas gelas… lepas terawih baru makan nasik.

 sebiji pisang dan sedikit anggor untuk tukang masak sorang jer yang nak makan buah ni!

 request dari en asben yang nak makan mee goreng… tak de mee, guna jer meggi minus the perencah.

ada yang hari2 nak makan ayam… gorengkan fillet bersalut dengan tepung bestari. mudah kerja kan.

ep2p-2