Iftar #9 home made mini murtabak

Asalamualaikum dan salam 10 Ramadhan

  Semuga kita semua sentiasa dalam rahmat, redha dan keampunana Allah..

 mini murtabak yang dah banyak kali kak rose buat dan sentiasa dapat tempat dihati keluarga kecil kami… memang semalam keluarga kami tambah mengecil, kami tinggal berdua saja sbb en. asben balik kampung ziarah mek dikampung… pagi lagi dah hantar dia ke airport dan lepas tu kami berdua g bershopping raya… tak de la membeli sangat, tapi ya Allah ramainya orang yang macam kami jugak… membuat persiapan untuk hari kemenangan.. balik tu dah penat, so tak rajin nak masak nasik… cakap dengan anak kita makan mek d, boleh la kot… wah! dia lagi suka. sahur memang tak jadi masaalah, mamanya makan roti dan anak dengan koko krunch dia lah… settel semuanya.

 pada kawan2 yang nak buat mini murtabak segera ni, resepi ni kak rose ada tepek kat sini… kalau nak buat boleh lah refer link tu ya… inti murtabak ni suka suki boleh bubuh… ikutlah kesesuaian citarasa sendiri… kali ni kak rose guna inti karipap yang ada belen dan kak rose tambahkan bawang holland yang didadu dan celery… kulitnya tak perlu bersusah payah nak menebar doh, kita guna jer kulit popia. mudahkan! sedaplah sangat ditekak kami… ya lah, lapo kan… agaknya kalau letak kayu pun nampak sedap kan??? ishhhhh!!! kalau nak gandingkan dengan kuah kari pun sedap gak, tapi kak rose tak rajin nak mengari bagai… so buat jer bawang cuka je…

 buah untuk kak rose sorang jer… sianak memang tak suka nak makan buah…tapi murtabak sampai 4 keping dia makan. suka la tukang masak kalau hidangan habis dimakan kan…

dan lepas terawih g beli mek d ni… huh terbuntang malam2 nak menghabiskan chicken foldover ni… kalau ada en asben bolehlah kongsi kan… anak pulak beli set double cheese burger tu… tu dia dekat 11 malam masih mengunyah lagi… makin takut nak naik weighing scale… scaryyyyy.

ep2p-2