Iftar #6 kerabu pucuk paku

 Asalamualikum dan selamat pagi… salam Ramadhan ke 7, cepatnya masa berlalu dah seminggu kita berpuasa dan tentu ramai yang sedang berkira2 bila nak mula buat cookies raya kan…  apa pun masa ni yang penting nak siapkan menu berbuka untuk keluarga dan juga ibadah2 yang sangat dituntut dibulan puasa ni… Insya Allah dan Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik dan kemampuan untuk menjalaninya…  dan untuk semalam kak rose buat kuih yang mesti dibulan puasa ni… rasanya macam tak lengkap kalau tak buat buah melaka untuk berbuka… hihi

 untuk lauk pulak buat pulak masak lomak ciliapi tolo itik dengan kacang panjang dan digandingkan dengan ikan masin… walaupun makan dah lewat lepas balik dari terawih, kena lah jugak makan nasik walaupun sedikit jer… panaskan balik gulai ni, tapi memang asik berbaki jer walaupun cuma masak 4 biji je tolo itik tu… 

 baki seikat pucuk paku yang kak rose beli ari tu pulak kak rose buat kerabu ni… lain sedikit dari kerabu yang selalu buat… kali ni dengan menggunakan ikan rebus dan lada hitam jer untuk rasa pedas…. resepi kak rose amik kat sini dan mintak izin kongsikan kat sini lak untuk kawan2 kalau ada yang nak mencuba buat untuk petang nanti…

KERABU PUCUK PAKU


1 ikat pucuk paku
1 ekor ikan rebus
1 cawan kelapa parut
3 biji bawang merah
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu garam
3 sudu besar santan
1 biji cili merah-hiris
perahan asam limau (yg ni kak rose tambah)


Cara-caranya:

  1. Cuci bersih dan potong pucuk paku.
  2. Rebus hingga lembut. Jangan terlalu lama nanti pucuk paku akan hancur.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Kelapa parut digoreng tanpa minyak hingga kekuning kuningan.
  5. Tumbuk bawang merah, lada hitam, ikan rebus dan garam hingga lumat.
  6. Campurkan bahan tumbuk, kelapa goreng , pucuk paku dan cili merah. Gaul rata.
  7. Masukkan santan, perahan asam limau dan gaul lagi.
  8. Sesuaikan rasa.
  9. Sedia untuk dihidang.

dan yang ni kena ada… buah pear dan sunkist orange dengan asam pak chu 916

ep2p-5small