Iftar #18 Nyonya kerabu telor

 Asalamualaikum dan salam 19 Ramadhan

menjelang sepuluh malam terakhir, semuga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

 

 cepatnya masa berjalan!!!! kita dah pun menghampiri ke fasa 10 malam terakhir ramadhan.. dan malam tadi pun mesjid kat tempat kak rose ni makin penuh dengan jemaah solat terawih… harap2 kita semua terus istiqamah untuk megimarahkan mesjid dan ibadah2 dimalam malam terakhir bulan ramadahan yang tinggal beberapa hari saja lagi…dan semakin hari dah tak tahu nak masak apa untuk keluarga kecil kami ni… so semalam kak rose buat kerabu telor ni…. lama dah teringinnya, baru ni dapat buat bila bahan dah lengkap tu… kak rose kongsikan resepinya kat sini ya, resepi asal dari CMG. mekasih ya Mat.

BAHAN – BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 – 6 biji cili padi (kak rose buh 2 bijik je!)
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 – 5 biji limau kasturi (x de, kak rose perahkan limau nipis)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus) (kak rose x letak sbb x makan itu blachannn)

 CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Telur
    didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang
    biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar
    dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum.
    Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke
    dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa.
    Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada
    rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka….. (tapi kak rose makan lepas terawih, meratah jer, sedap)

 sayur febret ni… cendawan goreng berempah cajun…resepi asal dari Nor SecubitGaram dan pernah kak rose tepek kat sini.

 Pajeri nenas pun ada buat jugak… macam tak ngam jer combi lauk kak rose ni kan… apa ada hal, makan jer yang mana nak kan… resepi dari blog Nor SecubitGaram jugak. mekasih ya Nor, asik selongkar gobok yang dah lama tak berupdate tu!

kuih lompang untuk manisan berbuka petang semalam… suka sangat tengok kejadian kuih ni dengan lesung pipit yang dalam.  makan dua biji ni dan minum air teh o yang bergelas gelas sampai kenyang…. pukul 10 malam baru makan nasi dan lepas tu zzzz 😴😴😴… camner la nak kurus bulan puasa ni kan???

ep2p-5small