EA Mengumumkan Bahagian Kajian Baru Dalam Membawa Pengalaman Permainan Ke Peringkat Seterusnya

Electronic Arts pada acara EA Play 2017 yang diadakan hari ini telah memperlihatkan sejumlah permainan baru akan datang mereka tidak lama lagi, dan pada masa yang sama turut berkongsi secara ringkas mengenai bahagian kajian dan pembangunan terbaru mereka, dinamakan SEED.

SEED ini adalah singkatan untuk Search for Extraordinary Experiences Division, dimana ia akan memfokuskan kepada kebolehan teknikal dan grafik dalam membawa kaedah dan interaksi permainan yang baru.

EA akan menggunakan pelbagai kelebihan teknologi, seperti rangkaian nueral, deep learning dan sebagainya dalam bahagian kajian ini, sekaligus membawa kepada penyatuan antara dunia realiti dan juga dunia maya.

Info penuh mengenai apa yang sedang dibangunkan oleh SEED ini masih menjadi tanda tanya. Mungkin kita akan melihat teknologi awal yang sedang dibangunkan mereka dalam masa setahun dua lagi.





ep2p-2