Apa Yang Dijangka Diumumkan Oleh Apple Pada WWDC 2017

Buat pertama kali, Apple turut akan menggunakan acara tahunan memfokuskan pembangun mereka bukan hanya untuk perisian, tetapi juga untuk perkakasan.

Acara Worldwide Developers Conference atau lebih dikenali sebagai WWDC akan berlangsung pada awal pagi Selasa ini, dimana syarikat yang popular dengan iPhone ini dijangka memperkenalkan iPad dan juga komputer riba Mac baru. Bersama-sama dengannya, Apple turut dijangka mengumumkan versi baru sistem operasi untuk macOS dan juga iOS. Tim Cook juga mungkin mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah speaker pintar berasaskan kepada pembantu maya digital, Siri.

Ini akan menjadi kali pertama Apple memperkenalkan peranti baru pada persidangan berkenaan, sejak 2013 yang lepas. Tim Cook dilihat ingin memfokuskan kepada kekuatan Apple dalam arena perkhidmatan, seperti AppStore, iCloud dan sebagainya – sekaligus menggunakan kaedah alternatif untuk meneruskan peningkatan pendapatan, apatah lagi dengan arena peranti dan gajet yang sedikit merudum sejak setahun dua ini.

Tim Cook

Seperti biasa, untuk tujuan ini, Apple akan cuba menarik para pembangun untuk menawarkan aplikasi dan penawaran mereka bagi pelbagai platform melalui kemaskini baru, termasuk untuk komputer, peranti mudah-alih, Apple TV dan juga Apple Watch.

Pengenalan speaker pintar sendiri akan membolehkan Apple bersaing dengan Amazon Echo dan Google Home, selain memberikan para pembangun sedikit masa untuk membangunkan aplikasi sebelum peranti berkenaan dijual dalam beberapa bulan lagi.

Buat masa ini, Amazon sendiri tidak menjana keuntungan melalui penjualan Amazon Echo, tetapi lebih kepada mendapatkan keuntungan melalui penjualan perkhidmatan untuk digunakan bersama-sama Echo seperti Amazon Prime dan sebagainya. Google melalui Google Home melakukan perkara lebih kurang sama dan memfokuskan kepada perkhidmatan Google seperti carian, YouTube Red, dan juga Google Calendar.

Para penganalisa juga mengatakn Apple akan memperlihatkan penambah-baikkan sokongan kecerdasan buatan Siri pada iOS 11, selain integrasi awal AR. Apple sendiri sebelum ini telah diperkatakan sedang membangunkan cip khusus untuk kecerdasan pintar bagi digunakan dalam peranti mereka.

Disamping itu, iO11 juga dijangka menawarkan kemaskini Apple Music, dan kemaskini baru turut akan memfokuskan kepada kandungan video yang dijangka hadir pada Apple Music tidak lama lagi.





ep2p-2