Wanita Dipenjara Kerana Potong Kepala Kekasih Ketika Seks Ganas

Seorang wanita yang telah mengikat kekasihnya di katil dan kemudian membunuh lelaki itu dengan mesin gergaji ketika mereka melakukan seks telah dihukum penjara 12 tahun enam bulan di Jerman kerana membunuh.

Hukuman itu diputuskan hakim mestipun pendakwaraya mahu dia dihukum penjara seumur hidup.

Kejadian itu berlaku pada 2008 ketika Gabriele P dan Alex H sedang mengadakan seks di rumah mereka di Munich.

Ketika melakukan seks ganas itu, Alex, 28, ditutup mata dengan kaca mata renang yang dilekatkan pita pelekat bagi mengelakkannya daripada melihat.

Alex dikatakan meminta Gabriele, kini berusia 32 tahun, menutup matanya dan ketika itu Gabriele telah mencapai gajet DIY lalu memotong kepalanya.

Beberapa bulan selepas itu, dengan bantuan kekasih barunya, Christian K., 33, Gabriele memotong badan mangsa lalu membalutnya dengan plastik dan menanamnya di taman di depan rumah mereka.

Gabriele turut memaklumkan kepada nenek Alex bahawa lelaki itu telah melarikan diri dengan seorang gadis ke Romania.

Kejadian itu hanya terbongkar pada 2016 selepas kekasih baru Gabriele telah menceritakan kepada rakannya ketika sedang mabuk. Christian telah dipenjara selama dua tahun dan menyatakan dia melakukannya kerana cintakan Gabriele.

Ketika perbicaraan, peguam Gabriele berhujah bahawa anak guamnya itu berada dalam hubungan yang dipenuhi dengan keganasan dan didera.