Senarai 26 Pemain Skuad Harimau Malaya Untuk Aksi Bertemu Lebanon

Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Nelo Vingada telah mengumumkan senarai nama 26 pemain untuk menghadiri kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Johor Bahru bermula 29 Mei ini bagi menghadapi aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon pada 13 Jun.

Ini merupakan panggilan sulung oleh Vingada, pengendali berusia 64 tahun dari Portugal yang diumum sebagai jurulatih baharu pada 15 Mei lalu bagi menggantikan tempat Datuk Ong Kim Swee yang kini dilantik sebagai pengendali skuad Projek Sukan SEA 2017.

Vingada akan dibantu oleh bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, 49, dan Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal serta jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41 dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India.





Seramai 13 pemain daripada skuad 22 pemain kendalian Kim Swee ke Manila bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Filipina yang berkesudahan seri 0-0 pada 22 Mac lalu telah dikekalkan oleh Vingada untuk kem latihan pusat kali ini.

Sementara baki 13 lagi pemain merupakan sama ada muka baharu atau mereka yang dipanggil semula yang terdiri daripada 10 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, S Chanthuru, Azammuddin Akil, Amirulhadi Zainal, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Fazly Mazlan, Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan serta tiga pemain Pahang iaitu Nor Azam Abdul Azih, Ahmad Syamim Yahya dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Bagi kem latihan pusat kali ini, seramai 15 pemain akan melapor diri pada Isnin ini (29 Mei) manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada Jumaat (2 Jun) selepas mereka selesai tugasan Piala AFC 2017 bertemu Ceres di Filipina pada 31 Mei.

Comments

comments

ep2p-2