SEREMBAN – Setelah seminggu bertarung nyawa, seorang pelajar tingkatan tiga yang dipercayai dibuli dan dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain akhirnya meninggal dunia, malam tadi.

S Pravin, 15, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8.30 malam di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Berita kematian pelajar malang itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin.





Terdahulu, mangsa dilaporkan muntah dan mengadu sakit perut kepada bapanya sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai lalu dirujuk ke HTJ.

Mangsa dipercayai telah dibuli oleh sekumpulan pelajar gara-gara menegur mereka sedang menghidu gam di Pekan Nilai, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sekumpulan pelajar berkenaan yang berang akibat ditegur telah bertindak memegang kaki dan tangan mangsa sambil menuang cecair racun serangga ke dalam mulut mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments