Nia Ramadhani Dikecam Pakai Baju Kurang Sopan Ketika Ziarah Pusara Bapa

Artis Nia Ramadhani yang baru melahirkan bayi ketiganya, telah dikecam oleh netizen selepas memuatnaik gambar dia menziarahi pusara bapanya, Prya Ramadhani.

Ini kerana dia dilihat memakai pakaian yang tidak sesuai iaitu hanya berselendang coklat cair dan memakai seluar sendat.

Netizen mengecamnya kerana mereka melihat penampilan ibu kepada tiga anak itu sebagai tidak sopan dan tidak menutup aurat.

Sepatutnya kata mereka, Nia perlu memakai pakaian yang sopan mengikut keadaan semasa.

“Seharusnya auratnya ditutup…biar doanya dijabah Allah…klu kebuka buka gitu mah, fix 100% gak dijabah!!

“Sia sia…sedangkan org yg pakek baju ngepas aja udah sama halnya telanjang dikeramaian..apalagi dikegiatan yg begini..ya setidaknya pandailah menyesusaikan pakaiannya aduuh gagal jadi inspirasi,” demikian bidas netizen.

Tidak kurang pula yang menyoal tindakan Nia memuatnaik gambar berkenaan dalam media sosial.