Nasi goreng daging

 Asalamualaikum dan salam buat semua…hari cuti dan hari bekerja sama jer buat kita yang sahm ni kan…  dapo kena sentiasa beroperasi… apa kata masak yang simple2 jer macam kak rose ni. tapi jangan selalu ikut cam kak rose yang sangat tak rajin nak memasak ni ya, sesekali tu boleh lah kan… nasi goreng daging ni kiranya balance jugak sbb dah ade segala lauk dan sayur mayur dalam tu…. makan pulak dengan kopok leko jugak kopok kering dari nganu tu, memang ngam sangat. jom buat nasi goreng daging ni…

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah – tumbuk
  • 100-200g daging – hiris nipis – kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot capsicum hijau n kubis )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

ep2p-5small