Misteri Objek Reput Di Pulau Seram Terjawab, Ia adalah Bangkai Ikan Paus

Penemuan bangkai yang dikatakan makhluk misteri di Pulau Seram, Indonesia minggu lepas akhirnya terjawab apabila ia disahkan oleh pakar sebagai bangkai ikan paus baleen.

Ia dikenalpasti oleh ahli biologi ikan paus, Alexander Werth dari Kolej Hampden-Sydney College dan ketua saintis di Ocean Censervancy, George Leonard.

Penemuan itu berdasarkan kepada tulang yang ditemui dari daging reput dan plat makanan yang digunakan sebagai penapis makanan dalam mulut paus berkenaan.

Selain itu, Pulau Seram juga merupakan laluan penghijrahan ikan paus baleen. Dalam sesetengah kes, bangkai ikan itu boleh hanyut hingga ke daratan, sama seperti yang berlaku di pulau terbabit.

Dalam pada itu saintis memberi amaran bahawa air laut yang lebih panas boleh mengakibatkan bakteria dari bangkai itu merebak dengan cepat.

Keadaan ini memaksa penduduk meminta bantuanpihak berkuasa untuk memindahkan bangkai ikan paus tersebut dengan segera.

Ia ditemui oleh seorang nelayan, Asrul Tuanakota, pada Selasa lepas.