Kehadiran Semula Sumareh Bantu Pahang Buru Gol Di Paroi

Image result for sumarehSKUAD Pahang yakin untuk menyingkirkan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2017 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Keyakinan tersebut hadir selepas penyerang berbisa, Mohamadou Sumareh akan kembali memperkuatkan pasukan.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kehadiran semula penyerang dari Gambia itu dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah diharap mampu mengembalikan semula kekuatan pasukan terutama pada bahagian serangan.

“Saya berharap kesebelasan pemain Pahang nanti dapat me­lakukan yang lebih baik kerana Sumareh akan kembali beraksi, sekali gus memantapkan lagi jentera serangan.

“Misi kami adalah untuk menang, sekali gus mara ke final Piala FA. Kehadiran Sumareh akan menambahkan lagi sengat pada bahagian serangan pasukan Pahang,” kata Dollah.

Pada aksi separuh akhir pertama di Kuantan 30 April lalu, Sumareh tidak dapat beraksi kerana digantung satu perlawanan.





Begitupun, skuad kendalian Dollah itu tetap mampu meraih kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Dollah menyeru semua pemain skuad Tok Gajah supaya mempertahankan kelebihan agregat 1-0 itu selain terus bekerja keras untuk memburu kemenangan di Paroi malam ini.

Menurut beliau, semua pemain harus memainkan peranan dengan lebih berkesan serta tidak mengulangi kesilapan seperti yang dipamerkan ketika aksi menentang Kelantan pada saingan Liga Super minggu lalu yang menyaksikan mereka tewas 2-3.

Dalam perkembangan sama, Sumareh ketika diminta mengulas aksi menentang Negeri Sembilan malam ini menjelaskan, dia akan kembali memberi segala yang terbaik kepada pasukan demi mencapai misi melangkah ke final Piala FA.

“Matlamat kami adalah untuk menang pada aksi separuh akhir kedua nanti. Saya bertekad untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Kosmo!

Comments

comments

ep2p-5small