Iftar #3

 Asalamualaikum dan salam empat Ramadhan

 cepat jer masa berlalu kan, dah hari ke empat kita berpuasa, Insya Allah… dan tukang masak ni masih rajin nak sediakan hidangan untuk keluarga kami… tapi sianak terpaksa berbuka kat luar sebab tersangkut dalam hujan masa nak balik kerja tu.. bila dah kurang sorang, memang berlebih lah semuanya… sapa la nak tolong abeskan… mamanya ni dah tak larat nak jadi bandaraya… ada kuih moreh kat mesjid pun nak rasa jugak… pas tu balik rumah makan nasi pulak… sudahnya, takut nak naik kat weighing machine!

 kerabu mangga muda ni sebagai pengganti sayur, meratah macam tu jer pun dah sedap, tapi sayang mangga putik ni sangatlah masamnya… memang kesukaan en asben nak makan yang masam2 cam ni… so dialah yang banyak meratah kerabu ni.. resepi asal dari CMG, boleh jugak tengok kat sini…

 macam2 buah ada tapi kerajinan untuk nak memotong tu tidaklah ada… so cukuplah dengan buah tembikai semata… makan sejuk2 memag sedap, harap esok tidaklah batuk pulak!

 kuih manis pulak untuk berbuka… berselang seli manis dan masin lah kononnya…

dan lauk utama untuk hari semalam… ikan kerisi masak asam pedas yang tak berapa pedas bersama bendi.. ada jugak goreng ayam untuk anak bujang kakrose, tapi tak de sapa yang makan… simpan untuk sahur kalau2 dia nak makan nasi nanti…

ep2p-2