DAVID De Gea dilapor bakal meninggalkan Manchester United selepas dia tampil dengan tindakan pelik sejurus tamat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris pada Ahad malam.

Selepas United menewaskan Crystal Palace 2-0, De Gea bukan sahaja masuk ke padang dan melambaikan tangan ke arah penyokong, sebaliknya memuat naik ucapan di akaun Instagram miliknya.

Dalam ucapan itu, De Gea mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang dianggapnya hebat.





Dan di akhir statusnya, dia turut mengucapkan selamat tinggal dalam bahasa Sepanyol seakan bakal meninggalkan Old Trafford pada musim perpindahan ini.

De Gea merupakan penjaga gol yang diburu Real Madrid sejak musim lalu, namun United berjaya menggagalkan tindakan kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Namun, De Gea masih menjadi pilihan Real dan mereka dijangka mengakhiri misi tersebut pada musim perpindahan kali ini.

Comments

comments