Cucur nasi ikan bilis

kalau dah namanya cucur aka cekodok, apa pun isinya memang jadi pojaaan kak rose lah… tak pernah jemu dengan cekodok… silih berganti isi dan bahan jer… tapi nama tetap jugak cekodok kan… dan kali ni nasi belen pulak jadi bahan utamanya… daripada membazir, baik lah kita buatkan dia jadi menu yang vogue untuk minum petang… orang kampung cam kak rose, dapat makan cekodok pun dah rasa vogue, gitu!

resepi asal dari CMG, kak rose kongsikan kat sini pulak ya… mana tahu nanti boleh memberi inspirasi untuk jadi menu juadah bukak puasa pulak kan… jom cekidout resepinya.. kak rose buat separuh je dari adunan ni untuk kami tiga beranak.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan
    nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat
    pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung
    gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan
    dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan
    minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air
    dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat
    hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak
    dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak
    atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili
    atau sos kegemaran anda.

ep2p-5small