Asphalt Street Storm – Permua Lumba Kereta Seterusnya Dibawah Siri Asphalt

Pada peranti mudah-alih, salah satu permua lumba kereta yang popular adalah Asphalt. Kini, pembangunnya, Gameloft dilihat dalam persediaan untuk melancarkan permainan terbaru Asphalt, iaitu Asphalt Street Storm.

Permainan Asphalt Street Storm ini memfokuskan corak perlumbaan drag, dimana pemain perlu bersaing dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan ganjaran dan mara ke peringkat seterusnya. Menariknya, ia juga membolehkan anda bersaing dengan tiga pemain lain dalam perlawanan multi-pemain pada Asphalt Street Storm ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, pihak Gameloft telah menyenaraikannya pada Google Play Store – menandakan ia mungkin hadir tidak lama lagi.

Pra-daftar Asphalt Street Storm

ep2p-5small