Ahli Arkeologi Temui Kubur Bawah Tanah dan 17 Mumia

TOUNA EL-GABAL – Ahli arkeologi Mesir menemui 17 mumia di sebuah perkuburan bawah tanah di wilayah Minya, di selatan Kaherah, kata kementerian antikuiti dalam satu pengumuman hari ini.

“Kami menemui kubur bawah tanah yang mengandungi beberapa mumia,” kata profesor kajian Mesir purba, Salah al-Kholi dari Universiti Kaherah yang mengetuai misi penemuan berkenaan di daerah Touna el-Gabal di wilayah itu. – AFP