My lenggang mak limah

 lama tak tepek steps lenggang mak limah kak rose ni kan… dua minggu kak rose demam dan lepas tu balik kampung ziarah emak pulak selama seminggu, memang tak berlenggang mak limah pepagi tu… dan bila dah balik semula ke shah alam ada saja halangan untuk nak memulakannya… dan yang sebenarnya, bila dah berehat dari ber brisk walk memang susah nak memulakan semula…. kak rose la yang macam tu, liat sungguh nak mulakan semula… dan awal minggu ni memang kena jugak stat semula…. dan tepek kat sini untuk memotivasikan diri sendiri!

hari kedua berlenggang selama hampir satu jam… tak daya la nak berlari macam orang muda2 kan… jadilah dapat jalan jauh tu, tu pun dah berpeluh2.. pas tu balik rumah pekena pulak roti bakar dan susu omega… berbaloi kah calories burnt banyak tu?

 3rd day berlenggang mak limah…ada siiiiikit improvement, ada lebih siiiikit steps tu… semuga terus ada ketabahan untuk medapatkan 10k steps perday lah… agaknya kalau gedget tu attached kat badan sepanjang hari maunya 20k steps yang direkodkan… ya lah asik kedepan, kedapo berulang2 kali,  kan bertambah jugak steps kan… hihi

ep2p-5small