Karipap la pulak..

 ada banyak lebihan inti kentang yang buat murtabak segera hari tu… so meh la kita buat karipap untuk kudapan petang2 dihari yang gelap mendung ni…lama sungguh rasanya tak buat karipap untuk hidangan minum petang lekuarga kecil kami… tangan ni tak berapa nak kuat nak uli doh yang agak keras… nasib baik jugak jumpa resepi kulit karipap yang tak perlukan menguli sangat ni… mekasih maz sebab kongsikan resepinya.. dan kak rose suka karipap yang gemuks2, penuh dengan inti, barulah puas makan… dapat sebiji pun boleh rasa kenyang dah!

Bahan-bahan

2 cawan all purpose flour
1/2 cawan mentega – suhu bilik
1/4 sudu kecil garam
air peti sejuk secukupnya

Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam. masukkan mentega dan gaul guna hujung jari biar jadi berketul2
2. Masukkan air sikit sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak perlu uli)
3. Ambil segenggam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan
juga pada doh sikit, canai biar nipis, masukkan dalam acuan karipap.
isikan inti secukupnya dan tuutp kemas…

ep2p-2