Cristiano Ronaldo terus atasi Messi

BERBAKAT besar dan turut dianugerahkan wajah tampan meletakkan ketua pasukan bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang mendapat bayaran pa­ling lumayan pada tahun lalu berbanding pesaing terdekatnya Lionel Messi dari Argentina.

Dengan gaji kira-kira RM1.6 juta seminggu, bintang Real Madrid itu bukan sahaja mengatasi Messi untuk mendapat anugerah Pemain Terbaik Dunia tahun lalu tetapi juga dari segi pendapatan tetap.

Kedua-dua bintang bola sepak itu mendominasi dua tempat teratas atlet berpendapatan paling lumayan bagi 2016, mengatasi bintang bola keranjang Amerika Syarikat.

Bagi sukan golf pula, skandal yang meruntuhkan reputasi Tiger Woods menyebabkan dia sudah lama tidak berada dalam senarai 10 atlet paling kaya dan bintang-bintang yang muncul selepasnya juga gagal memberikan impak setara dengannya.

Sementara itu, sebahagian besar pendapatan tujuh atlet terkaya bukan berasal daripada gaji semata-mata, namun melibatkan transaksi menerusi penajaan yang tidak semuanya berkaitan produk sukan seperti pisau cukur, pakaian dalam dan minuman ringan.

Berikut adalah tujuh atlet terkaya di dunia berdasarkan kekayaan sepanjang tahun lalu:

Cristiano Ronaldo

Sukan: Bola sepak

Umur: 32 tahun

Gaji: AS$56 juta (RM243 juta)

Pendapatan penajaan:

AS$32 (RM139 juta)

Jumlah pendapatan:

AS$88 juta (RM382 juta)

– Penyerang Real Madrid itu bukan sahaja menerima bayaran gaji tertinggi di kelab, malah paling lumayan di dunia. Ronaldo memperoleh gaji 288,000 pound (RM1.62 juta) setiap minggu hingga kontraknya berakhir pada 2018.

– Menyimpan pelbagai anugerah dan penghargaan, pemenang empat kali Ballon d’Or itu turut menerima tajaan seperti Nike, Coca-Cola, Samsung, Tag Heuer dan Herbalife serta jenama produk pakaian, seluar, seluar dalam dan hotelnya sendiri.

– Ronaldo juga mempunyai lebih daripada 250 juta pengikut di media sosial lebih banyak berbanding atlet lain.




Lionel Messi

Sukan: Bola sepak

Umur: 30 tahun

Gaji: AS$53.4 juta (RM232 juta)

Pendapatan penajaan: AS$28 (RM122 juta)

Jumlah pendapatan: AS$81.4 juta (RM353 juta)

– Pemain prolifik Barcelona itu merupakan tonggak utama kerana keberhasilannya mencipta peluang selain menjaringkan gol, sama ada untuk Argentina mahu pun kelabnya.

– Messi menerima gaji 256,000 pound (RM1.44 juta) seminggu hingga kontraknya tamat pada 2018.

– Sama seperti pencabar terdekatnya iaitu Ronaldo, Messi turut mendapat penajaan daripada syarikat seperti Pepsi, EA Sports dan Samsung.

LeBron James

Sukan: Bola keranjang

Umur: 33 tahun

Gaji: AS$23.2 juta (RM101 juta)

Pendapatan penajaan: AS$54 (RM234 juta)

Jumlah pendapatan: AS$77.2 juta (RM335 juta)

Roger Federer

Sukan: Tenis

Umur: 36 tahun

Gaji: AS$7.8 juta (RM34 juta)

Pendapatan penajaan: AS$60 juta (RM261 juta)

Jumlah pendapatan: AS$67.8 juta (RM294 juta)

Kevin Durant

Sukan: Bola keranjang

Umur: 29 tahun

Gaji: AS$20.2 juta (RM87.7 juta)

Pendapatan penajaan: AS$36 juta (RM156.28 juta)

Jumlah pendapatan: AS$56.2 juta (RM244 juta)

Novak Djokovic

Sukan: Tenis

Umur: 30 tahun

Gaji: AS$21.8 juta (RM95 juta)

Pendapatan penajaan:
AS$34 juta (RM148 juta)

Jumlah pendapatan:
AS$55.8 juta (RM242 juta)

Cam Newton

Sukan: Bola sepak Amerika

Umur: 28 tahun

Gaji: AS$41.1 juta (RM178 juta)

Pendapatan penajaan: AS$12 juta (RM52 juta)

Jumlah pendapatan: AS$53.1 juta (RM231 juta)

Comments

comments

ep2p-2