Bubur jagung pebret…

 bila tamak beli jagung, tak terhabis makan dan tak baik membazir, maka tukang masak ni pun cari idea nak jadikan jagung ni sebagai hidangan yang keluarga sukakan… bubur jagung bersagu jadi pilihan, kalau tak pun buat jer cekodok manis dengan jagung yang diblend kasar… apa pun isi cekodok, memang jadi pebret kak rose la tu… pasal makan memang tak tolak la kan, tapi sangat liat nak buang balik kalories yang dah banyak menepek kat tubuh badan…. hihi so meh lah kita buat bubur jagung bersagu yang lemak manis ni…

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2 tongkol jagung manis mentah – dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu – yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air – dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah – tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir – tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
  • (kak rose guna gula putih semuanya)

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

ep2p-5small