AZIZULHASNI AWANG meraikan kejayaan muncul juara dunia acara Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang berjaya menamatkan penantian 10 tahun apabila menjuarai acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, sebentar tadi sekali gus memenangi jersi pelangi yang diidaminya.

Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man muncul pelumba Malaysia muncul juara dunia selepas menewaskan Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia dengan 0.382 saat di belakang.





Pelumba ranking No. 1 dunia, Tomas Babek dari Republik Czech menamatkan saingan di tangga ketiga (+0.417 saat).

Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya.

Comments

comments