Lima Maut Serangan Pengganas Di Luar Parlimen Britain, Tiada Rakyat Malaysia Cedera

Pengganas diberikan rawatan

LONDON: Lima maut dan 40 lagi cedera dalam serangan pengganas dekat Jambatan Westminster dan di luar bangunan Parlimen Britain pada Rabu.

Salah seorang yang terbunuh adalah anggota polis yang ditikam di luar bangunan Parlimen di London.

Portal Mail Online melaporkan anggota polis, Keith Palmer, 48, ditikam sehingga mati di luar Parlimen oleh seorang pengganas.

Insiden yang turut berlaku di jambatan Westminster dekat bangunan Parlimen mengakibatkan tiga terbunuh dan mencederakan 40 yang lain.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu merempuh penjalan kaki di jambatan yang sibuk itu sebelum melanggar pagar dekat Big Ben.





MapMenurut saksi, penyerang kemudiannya menceroboh masuk ke kawasan Parlimen sebelum menikam Palmer, yang berkhidmat sebagai polis selama lima tahun.

Penyerang bagaimanapun ditembak pengawal bersenjata sebanyak dua kali dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Palmer meninggal dunia di tempat kejadian.

Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mengutuk serangan di Westminter berkata, beliau berikrar negara itu tidak pernah tunduk kepada keganasan dan akan memerangi tindakan yang bersifat ‘kebencian dan kejahatan’ itu.

Sementara itu Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang mengakibatkan kira-kira 10 cedera termasuk anggota polis.

Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan memaklumkan segala perkembangan terkini jika ada.

Comments

comments

ep2p-5small