George Clooney Disiasat FBI, Gubah Wang Haram

Aktor, George Clooney dilaporkan telah disiasat oleh pihak FBI selepas didakwa terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

Menurut laporan Aceshowbiz, George disoal siasat oleh pihak FBI selepas menganjurkan sebuah majlis makan malam untuk meraikan kejayaan jualan jenama produk minuman keras, Casamigos, milik Goerge.

“George telah disiasat selepas dilaporkan telah memberikan wang sebanyak USD1 juta kepada para tetamu yang hadir pada masjlis itu.

“Pemberian wang itu kepada tetamu dikatakan sebagai simbolik kerana George berniat untuk berkongsi kekayaannya dengan orang ramai.

“George juga mengaku telah bersedia untuk disiasat dan sedia memberikan kerjasama kepada pihak FBI melakukan siasatan,” kata sumber.

Bagaimanapun, dakwaan pelakon itu ditahan FBI telah dinafikan oleh pihak pengurusan George dan menyifatkan berita itu sebagai palsu.-AstroGempak