Sup ayam berkerim

 dah banyak kali na buat sup sedap ni… tapi kak rose buat selalunya untuk dinner instead of bekpes… cicah dengan  dua keping toast dan satu mug nescafe o memang cukup mengenyangkan.. kalau rajin buat garlic spread untuk sapu kat toast tu pun lagi la sedap… tidaklah kak rose rajin nak buatnya, so sapu jer dengan butter dan bakar, pun sudah cukup sedap bagi kami..

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 

Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

ep2p-2