Senjata Kimia Agen Saraf VX Punca Kematian Kim Jong-nam Haram Di Malaysia – KPN

SEPANG – Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam diharamkan di Malaysia dan ia merupakan senjata kimia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 

Katanya, polis akan menyiasat bagaimana bahan kimia Agen Saraf VX  itu dibawa masuk ke negara ini.

 

“Ia adalah satu senjata kimia yang diharamkan di Malaysia.

 

“Bagaimana ia dibawa masuk atau berada di dalam negara ini kita akan siasat,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jumaat.

 

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa sepasukan polis akan terbang ke Macau dalam masa terdekat untuk nengambil DNA daripada waris mangsa.

 

Pusat Analisis Senjata Kimia di Jabatan Kimia telah melakukan ujian awal untuk mengenal pasti jenis bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu. – mstar

 



This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini. Bookmark the permalink.