Pembunuhan Ko Ni: Suu Kyi Akhirnya ‘Bersuara’

YANGON – Selepas hampir sebulan berdiam diri, pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi akhirnya “bersuara” susulan kes pembunuhan penasihatnya yang juga peguam beragama Islam, Ko Ni.

 

“Kematian Ko Ni adalah satu kehilangan besar untuk Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) kerana beliau telah lama berkhidmat dengan parti ini walaupun menganut kepercayaan yang berbeza,” kata Suu Kyi hari ini.

 

Ko Ni ditembak mati di luar Lapangan Terbang Yangon pada 29 Januari lalu oleh seorang penyerang yang dipercayai pembunuh upahan.

 

Turut terbunuh dalam kejadian itu ialah seorang pemandu teksi, Ne Win yang didakwa cuba menghalang tembakan berkenaan. -AFP/Utusan



This entry was posted in Luar Negara, Terkini. Bookmark the permalink.