Mini apam balik inti kelapa

 buat apam balik mini ni dah beberapa hari lepas, tapi nak jugak kongsikan kat sini… hihi. bila dapat kelapa muda memang sedap sangat buat inti macam ni… dan buat apam ni pun mudah jer. jadilah untuk minum petang aka dinner kami anak beranak….memang mengenyangkan… dan dengan satu adunan ni pun dah cukup untuk keluarga kecil kami… jom cekitout resepinya… kak rose kongsikan resepi untuk apamnya jer la ya… yang pasti nak buat inti tu, tutup sebelah mata pun jadi kan…

Bahan untuk kulit:

1 cawan tepung naik sendiri ~ tepung gandum pun boleh

1 biji telur

1/4 cawan gula pasir

1/2 st soda bikarbonate

1/2 st baking powder ~ jika guna tepung gandum

3/4 cawan susu cair ~ air biasa pun boleh

sedikit pewarna kuning

sedikit margerin untuk mengoles  ~ jika guna kuali biasa

Caranya:

1. Satukan semua bahan kecuali margerin. Kacau rata.

2. Blender halus kemudian tapis.

3. Diamkan sebentar.

4. Panaskan kuali non stick . Ambil sedikit adunan, buat seperti kuih dadar, bila permukaan atas adunan dah kering, angkat.

5. Letak inti kelapa diatas permukaan kulit, lipat dan siap dimakan.

ep2p-2