Sayur petola tumis mudah

sayur petola tumis yang simple macam ni memang jadi kesukaan kak rose… very minimal bahan dan sangat mudah disediakan. masakan yang macam ni lah yang kak rose suka… simple, cepat disediakan dan yang penting sedap ditekak kami la kan… meratah pun sedap jer…

resepi simple kak rose…resepi tak de sukatan, main ikut sedap ditekak sendiri jer la ya…

petola, belah dua dan potong serong
bawang putih, dihiris
bawang merah dimayang
ikan bilis
cili merah dipotong
garam, minyak dan air secukupnya

cara:
tumiskan ikan bilis hingga garing dan ketepikan,
masukkan pulak bawang putih dan merah, tumiskan hingga wangi
masukkan petola, kacau2 dan tambahkan sedikit air
masukkan garam dan cili merah
kacau sebentar, hingga masak
(kak rose tak gemar sayur yang over cook, so kacau2 sekejap dan matikan api)

ep2p-2